Khamis, 3 September 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-52 SMKKPs










2 September telah diadakan majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan kali ke-52 dan telah dianjurkan oleh panitia Sejarah , Geografi dan Pendidikan Seni. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga SMKKPs, mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah untuk kemajuan diri, bangsa dan negara, memupuk semangat setia kepada raja dan negara, menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara serta memupuk minat terhadap matapelajaran Sejarah, Geografi dan Pendidikan Seni. Tokoh utama dalam majlis ini ialah menjmput tokoh tempatan yang pernah terlibad semasa peristiwa kemerdekaan tanah air iaitu Cikgu Haji Abdul Malik bin Abdul Ghani. Majlis turut diserikan dengan dendangan lagu-lagu patriotik dan bacaan sajak kemerdekaan. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Encik Mardis bin Abdul Latiff.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan