Khamis, 7 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru 2010. Sebelum mengundur diri masih sempat untuk saya merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar tingkatan tiga sesi 2009 atas kejayaan dalam peperiksaan PMR. Maaf kepada semua warga SMKKPs sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan semasa saya berkhidmat di sana. Harapan saya agar blog ini dapat diteruskan untuk terus memberikan info terkini kepada pelajar SMKKPs.

Rabu, 18 November 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM

Unit PSS SMKKPs khasnya dan warga sekolah amnya mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM kepada calon-calon yang akan mengambil peperiksaan bermula 18 November ini. Kami semua mengiringi kalian dengan doa agar berjaya dengan cemerlang. Semoga apa-apa yang telah dibincangkan dan diajar oleh semua guru berkenaan dapat memberi manfaat kepada anda. SEMOGA APA YANG KITA SEMAI SELAMA INI MAKA ITULAH YANG AKAN KITA TUAI. MOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG. SMKKPs boleh!SMKKPs boleh!SMKKPs boleh.

Selasa, 17 November 2009

TEKNOPEN 2009






Pada 17 November Bahagian Teknolgi Pendidikan Perlis telah mengadakan majlis anugerah bagi mengiktiraf PSS sekolah-sekolah dalam pembangunan dan pengurusan ke arah kecemerlangan. SMK Kuala Perlis telah mendapat pengiktirafan Cemerlang PSS Lima Bintang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru daripada Unit PSS, Pengawas PSS , Encik Mat Noor Ali dan semua warga SMKKPs yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pembangunan PSS SMKKPs.

Jumaat, 30 Oktober 2009

KUALA PERLIS BOLEH






SMKKPs telah memperoleh kejayaan yang amat membanggakan apabila mendapat Anugerah Perdana Sekolah Menengah Harian 2009,JPN Perlis. Kejayaan tertinggi ini berdasarkan kecemerlangan prestasi sekolah dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Antara Anugerah yang berjaya dirangkul ialah;
Tempat Pertama Peratus Peningkatan Cemerlang A PMR 2008
Tempat Pertama Peratus Peningkatan Cemerlang A SPM 2008
Peningkatan PGNK Tertinggi STPM 2008
Purata Nilai Gred Keseluruhan Teringgi STPM 2008

Kejayaan ini pastinya menjadi pendorong kepada warga SMKKPs untuk melonjakkan kecemerlangan SMKKPs .

SMKKPs Boleh! SMKKPs Boleh! SMKKPs Boleh!

Selasa, 20 Oktober 2009

Kursus Pengurusan Stress




Sabtu 10 Oktober guru-guru SMKKPs telah mengikuti kursus pengurusan stress bertempat di dewan Restoran Persatuan Nelayan Sungai Baru, Simpang Empat. Penceramah jemputan ialah Encik Huzaili. Banyak info yang dapat dikongsi.

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA









Pagi 17 September sekolah telah mengadakan perhimpunan pagi . Atucara perhimpunan adalah sepertia biasa tetapi pada hari ini setiap wakil seperti pelajar , badan BKG SMKKPs, Pengetua dan bacaan perutusan Pengarah Pelajaran Perlis sempena Sambutan Hari Raya. Sebelum majlis berakhir semua pelajar telah berbaris untuk bersalaman dengan guru-guru. Malah guru-guru turut bersalam-salaman sambil memohon maaf sempena Aidil Fitri. Inilah gambaran keceriaan suasana pada hari ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA WARGA SMKKPs.

Khamis, 3 September 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-52 SMKKPs










2 September telah diadakan majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan kali ke-52 dan telah dianjurkan oleh panitia Sejarah , Geografi dan Pendidikan Seni. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga SMKKPs, mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah untuk kemajuan diri, bangsa dan negara, memupuk semangat setia kepada raja dan negara, menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara serta memupuk minat terhadap matapelajaran Sejarah, Geografi dan Pendidikan Seni. Tokoh utama dalam majlis ini ialah menjmput tokoh tempatan yang pernah terlibad semasa peristiwa kemerdekaan tanah air iaitu Cikgu Haji Abdul Malik bin Abdul Ghani. Majlis turut diserikan dengan dendangan lagu-lagu patriotik dan bacaan sajak kemerdekaan. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Encik Mardis bin Abdul Latiff.