Sabtu, 11 Julai 2009

MAXIS CYBERKIDS CAMP




pElajar SMKKPs telah terlibat dalam program Maxis Cyberkids Camp yang diadakan di Sungai Petani dengan jayanya. Pelancaran program ini di sekolah baru-baru ini. Dipimpin oleh dua orang guru yang berdedikasi iaitu Puan Fazilah Ismail dan Puan Juli Mozieanda. Projek yang dijalankan memberi tumpuan kepada Galakan Membaca. Teruskan usaha.....


Jumaat, 3 Julai 2009

RENUNGAN SEJENAK




1. Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,


sebaik-baik bekal ialah takwa,


seburuk-buruk buta ialah buta hati


dan sebesar-besar dosa ialah berdusta




2. Orang yang takut menghadapi kesukaran


selamanya tiada akan maju. ~Horne




3. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya;


siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak;


sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati

Rabu, 1 Julai 2009

LAWATAN GENTING,KUALA LUMPUR







Pada 26 Jun hingga 28 Jun Pengawas PSS SMKKPs telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Genting Highlands, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Peserta lawatan seramai 40 orang semuanya termasuk dengan dua orang guru pengiring. Lawatan ke Planetarium, Muzium Negara, Putrajaya dan Genting Highlands banya memberi faedah kepada peserta lawatan.





suasana di planetarium. Replika kapal angkasa di ISS



gambar-gambar planet yang terdapat
dalam sistem cakrawala turut di paparkan di sini
dapat menjana minda pelajar untuk meneroka
alam angkasa lepas. Pameran ini dapat
menyuburkan minat pelajar untuk memahami sistem
cakrawala kita





Beratur untuk masuk ke
rumah hantu. Pada waktu ini
masih awal pagi dan tidak ramai pengunjung.
Pelajar bermain dengan bebas dan tidak perlu menunggu lama








Bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masuk Muzium Negara bersama-sama dengan guru pengiring iaitu Cikgu Norasikin dan Cikgu Rozanita.

Himpunan tembikar yang diambil daripada
kapal yang ditemui di Selat Melaka









Bahan pameran yang terdapat
dalam Muzium Negara. Replika kapal





Jumaat, 5 Jun 2009
















Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 19 Mei 2009. Pelbagai aktiviti diadakan dan tetamu kehormat pada hari itu ialah YB Kuala Perlis Mat bin Haji Hasan dan Tuan Pengarah Pelajaran Encik Mansor bin Lat.

Jumaat, 22 Mei 2009

KURSUS EDUWBTV







LDP berkaitan EDUWEBTV tellah diadakan secara berfasa bermula dengan ceramah pengenalan rancangan EDUWEBTV seawal bulan Januari dan diikuti bengkel Fasa 1 pada bulan April melibatkan guru-guru di bawah Bidang Bahasa dan Bidang Sains Matematik. Pada 8 Mei diadakan bengkel untuk Fasa 2 yang melibatkan guru-guru di bawah Bidang Kemanusiaan dan Bidang Teknik Vokasional

Khamis, 14 Mei 2009

Sambutan Hari Buku dan Harta Intelek











Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Buku dan Harta Intelek baru-baru ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bicara Tokoh, Resensi Buku, Story Telling dan Melukis Kulit Buku.

Jumaat, 8 Mei 2009

Lawatan Kerja Ke Kelantan dan Terengganu Guru-guru GPM Perlis




Lawatan kerja ke Kelantan dan ke Terengganu banyak memberi input kepada GPM untuk memperbaiki mutu pengurusan dan pembangunan PSS di sekolah masing-masing. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak urusetia, BTPN Perlis dan semua pihak yang terlibat


Tarikh lawatan dari 02/05 hingga 05/05.


ke SMK Kubang Kerian 1 dan SK Padang Midin